Tuesday, November 29, 2011

Pasrah

Ku pasrah
Hari nie ada technician datang bilik aku untuk betulkan kipas. Kebelakangan ni cuaca tak menentu, kadang-kadang ujan kadang panas. Kipas bilik aku nie kalau laju, laju sangat, kalau slow, slow sangat plak. Tak da yang tengah2, x laju sangat, tapi tak slow sangat jugak. Aku pun p la report kat ofis cakap kipas rosak. Bila technician 2 datang, dia Tanya apa masalah kipas aku, aku pun cerita la. Dia gelak, “pelik la awak ni, semua orang nak kipas laju, awak nak slow plak. Tapi saya tak boleh baiki macam yang awak nak tu. Laju dia tak boleh ikut macam yang kita nak”. Hehe. Padan muka demanding sangat, kan dah kena ceramah free.

Lepas ja technician 2 balik, aku terfikir, kipas pun tak boleh ubah macam yang kita nak. Laju kipas tu memang kita boleh alter 1, 2, 3, 4, or 5. Tapi kita tak boleh alter dia ikut keselesaan kita. Rasanya sama jugak ngan idup kita ni. Ada sorang kawan baik aku ni pernah cakap kat aku, “tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Tak semua orang boleh ikut cakap kita macam yang kita nak.”

Sama macam sekarang, Allah dah tarik balik apa yang Dia bagi aku dulu. Tu sebab Allah sayang aku, Dia tak nak aku terus hanyut. Tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat, and tak semua yang kita ada sekarang, jadi milik kita selamanya. Mungkin hidup kita lebih bagus kalau kita tak dapat apa yang kita dapat sebelum ni. Ni boleh ajar diri kita untuk lebih berusaha untuk dapatkan sesuatu. Bukan just datang bergolek. Apa yang penting, kena pasrah dengan ketentuan Allah, walaupun kita hilang sesuatu yang kita sayang. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah bagi kita ujian untuk kita sentiasa ingat kat Dia.

Kawan aku bagi nasihat kat aku semalam. “Allah tu Maha Pengasih. Kalau kita tengok orang yang dalam kesusahan, kita cakap kesiannya orang 2, kita nak cuba tolong dia apa yang termampu. Tu maknanya dalam diri kita nie ada rasa kasih. Tapi 2 sebenarnya baru sikit kalau nak dibandingkan dengan kasih Allah kat kita. Allah tak kan biarkan kita dalam keadaan sedih yang berpanjangan. Asalkan diri kita selalu ingat Dia”. 


Friday, November 25, 2011

block cleaning program

Salam
Yea.. akhirnya selesai tugas aku. Hari ni ktorang kat mahallah talhah 4 mengadakan program gotong royong membersihkan mahallah. Program managernya (PM) aku sendiri. Untuk pertama kalinya, aku yang tak tau nak buat kerja ni jadi PM kpda kawan2 aku sendiri yang lebih berpengalaman and lebih pandai buat kerja. X pe lah, try la jadi PM. Nak kata berjaya sangat tu tak jugak sebab just half of our resident boleh attend. Tapi dikira Berjaya jugak la sebab semua orang yang datang boleh bekerjasama. Yang paling terharu, diorang betul2 buat kerja and bersungguh-sungguh cuci and decorate block ni. Thanks to all my friends. Nak tambah lagi terharu, kawan2 kat level laen sanggup turun tolong bersihkan level2 bawah yang kekurangan ahli ni. Sobs sobs... terharu. Kawan-kawan yang bekerja bersama aku (committee: alin, wani, ida, jiha, khai, temin, azie, sarah and kak faa) aku ucapkan terima kasih sangat2. Jasa korang akan aku kenang. Hehehe. Memorable jugak la “Block Cleaning Program” ni.

Penat sikit. Tapi yang kelakarnya, masa opening, kena bagi speech. Sebenarnya dah karang bukan main lagi before program. Sebab first time nak bagi kata2 semangat kat orang ramai2 ni. Siap hafal. Tiba time tu, lidah terkelu. Pastu aku rasa cam lidah aku terbelit2 masa cakap. Ayat pun dah tunggang langgang. Dah la block leader, Nampak sangat tak da ketokohan untuk jadi pemimpin. Aku rasa, time 2 aku tak banyak buat kerja pun. Tapi penat sangat. Mybe sebab asyik turun naik tangga cari barang yang tak cukup, yang diperlukan. Sorry korang, aku tak banyak tolong korang. Kepada kawan2 yang bekerja keras 2, thanks lagi sekali. Jangan rasa penat sampai stress plak ye. Kita buat ni untuk keselesaan kita sama2. And ganjaran yang kita tak nampak dengan mata kasar mungkin lebih banyak. Kita permudahkan kerja orang lain, semoga nanti urusan kita pula yang akan dipermudahkan oleh-Nya.

Wednesday, November 16, 2011

TRY2 BAJU MELAYU PULAK= fail



Abah.. Taaadaaa.. Cantik dak? Hehehe. Cubaan pertama kakak nie. Abah sanggup dak nak pakai?

Cam biasa la abah aku, smua benda yang aku buat mesti dia appreciate. Tak kisah la apa pun. Plus2 makanan. Makanan 2 tak sedap ka, terlebih masin ka, tawar ka, mesti dia yang tolong habiskan. Complain2  jugak, makan pun makan jugak. Tapi xpa, aku anggap 2 complain yang membina.

Baju nie. Masa 2 cuti sem yang sangat2 panjang. Kat umah jarang online, n x berapa suka online. Masa aku cuti panjang 2 jugak lh mama aku amik kesempatan nak renovate umah sebab ada orang boleh bukakn pintu untuk tukang2 kita. Dah tak tau nak buat apa sangat sambil tunggu orang, aku p beli baju, tak mintak tunjuk ajar dari sesapa pun. Buat pandai. Skali p kedai, kena tipu dengan orang kedai 2, dia bagi aku kain ujung gulung. Kalau korang nak tau, sbenarnya orang reject kain yang kat ujung gulung 2 sebab kedut yang tak elok. Aku bajet2 perlukan 1 ½  meter kain ja untuk buat baju melayu lelaki. Tapi akak 2 cakap, dia bagi discount kat aku ari ni kalau aku amik 2 meter. Aku pun beli la kain 2 meter 2 dengan harga 1 ¾ meter kain.

Nak lagi memandai, sukatan baju plak aku main cedok2 je. Sikit dari saiz baju abang aku, sikit baju abah. Dah potong2 smua, cantik dah la. Best je jait. Siap smua tulang belut kat leher, jait tulang baju, bawak la pg depan cermin. Sekali tengok...... salah benang!!! Baju kaler pink, benang kaler purple. Agak2 ada x tukang jait pernah buat salah cam aku nie? Hehehe masa nak jait 2, pencahayaan x betul sikit kot. Nampak cam sesuai je benang 2 dengan kain. Memamg cacat lah.

2 kali pikir nak bagi sapa baju 2, dah bawa kluar, simpan balik. tiba la pagi raya aidilfitri, sorang2 aku piker, nape la abah aku tak beli baju raya tahun ni. Dia dah ternampak ka baju yang aku buat 2. Dengan rasa rendah dirinya aku, bawa la baju 2 keluar. “Taaadaaaa! Abah, ni baju untuk abah. Cantik tak? Abah sanggup dak nak pakai? Kakak buat sendiri. Tapi tak jadi. Abah jangan la pakai p raya”. Semua orang tekejut. Mama lagi la tekejut besar. Bila masa la budak nie buat, blajar dari mana? Sapa la tok guru dia yang ajar dia buat baju cacat sana sini. Hehehe. Abah pun try la. Senyum. Tp dengar jugak kat belakang ada suara2 halus “tengok pun dah tau singkat”, “dari jauh dah Nampak benang contra gila”. 2 suara abang and adik aku.

Walau apa pun, aku seronok. Lain kali boleh cuba lagi! Jangan putus asa.

p/s: sebenarnya abah beli baju raya tahun 2 tapi dia sorok2. Baju aku buat 2 dia pakai pg surau petang2. J

Tuesday, November 8, 2011

Ya اَللّهُ, mengapa WANITA SERING MENANGIS ?


Jawabnya : kerana .. WANITA ITU UNIK.


AKU CIPTAKAN IA SEBAGAI MAKHLUK ISTIMEWA . 
AKU KUATKAN BAHUNYA UNTUK MENJAGA ANAK - ANAKNYA.
AKU LEMBUTKAN HATINYA UNTUK MEMBERI RASA AMAN .
AKU KUATKAN RAHIMNYA UNTUK MENYIMPAN BENIH MANUSIA .
AKU TEGUHKAN PERIBADINYA UNTUK TERUS BERJUANG SAAT YANG LAIN MENYERAH.
AKU BERIKANNYA NALURI UNTUK MENCINTAI ANAK - ANAKNYA DALAM KEADAAN APAPUN.
AKU KUATKAN BATINNYA UNTUK TETAP MENYAYANGI WALAUPUN DIKHIANATI OLEH TEMAN SERTA DI SAKITI OLEH " ORANG " YANG TERSAYANG.
WANITA MAKHLUK KUAT !
tetapi,
JIKA SATU SAAT DIA MENANGIS,
itu kerana AKU BERI DIA AIR MATA UNTUKMEMBASUH LUKA BATIN dan MEMBERI KEKUATAN BARU UNTUKNYA.




WANITA itu, ISTIMEWA










CREADIT TO 

YA ALLAH.. I LOVE U

YA ALLAH,


Ajarkan aku MENCINTAINYA DENGAN SEDERHANA,


Ajarkan aku agar LEBIH PANDAI MEMENDAM CINTA,


Ajarkan aku untuk LEBIH MENCINTAI-MU dan KEKASIH-MU.




YA ALLAH,


JAGALAH AKU, dari DOSA DUNIA,


JAGALAH DIA dari DOSA CINTA,


AKU MENCINTAINYA kerana MU,


AKU RELA MELEPASKANNYA, apabila, ENGKAU KEHENDAKI.







AMIN !

Monday, November 7, 2011

kembali

salam
awal2 dulu semangat ja nk bt blog.. dh tulis 1 entry, trus mnyepi.. hahaha.. mcm x pdai nk curi masa tulis blog. n masa 2 duk pikir x tulis blog pun xpa. sebab apa y terlintas di pikiran, dh terluah. with this 2nd entry, aku harap my idea boleh datang mencurah2 (ke ladang gandum, pop! and it's becomes coco crunch :p) kt dalam blog nie. 

dh masuk 4th year. rasanya blum trlambat nak kongsi "keseronokan" jadi budak u. 
~better late than nothing~

awal2 masuk sem baru sangat sibuk. as 4th year, cm banyak benda nk plan, banyak benda nk kena buat, and nk kena setle. plus my commitment in uni and as a person. the worth thing is, aku fail nak manage semua 2. at the middle, my relationship with this awesome guy broke. tapi aku harap kitorang ada penghujung yang baek untuk pengorbanan yang kitorang dah buat.

apa yang penting sekarang, aku just focus ngan study and activity aku kat uni yang tinggal x berapa lama ni. final year project (yang x berapa stimulate aku), tunggu, nanti dah setle mid sem exam, aku datang menjemputmu.

kat sini ada beberapa pic sepanjang sem nie ja. compilation betul entry kali nie.. hehe

jamuan raya bersama Sultan Pahang. only invited person can enter this hall. wawawa bertuah rasa~

 kat teluk cempedak bersama kawan2. hasrat nak makan mcD tapi x kesampaian.

dinner batch. tema retro. tapi x ikut tema..huahua. time nie jadi committee dinner secara tiba2.